SHAH ALAM: Selangor FC hari ini telah menghantar permohonan secara rasmi kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) supaya mempertimbangkan cadangan menunda tarikh perlawanan Piala Sumbangsih 2024/2025 melibatkan pasukan itu dan Johor Darul Ta'zim (JDT), Jumaat ini.
Aksi pembuka tirai saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim baharu itu dijadual berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata permohonan untuk menunda perlawanan itu dibuat atas alasan faktor keselamatan.
"Saya boleh sahkan Selangor FC telah buat permohonan secara rasmi sekiranya pihak MFL dan juga JDT bersetuju untuk perlawanan Piala Sumbangsih Jumaat ini kalau dapat diubah (tarikh), bukan dibatalkan, atas dasar keselamatan.
"Saya tidak boleh dedah dan ulas lanjut mengenai alasan (faktor alasan) itu, kami sudah maklumkan secara rasmi kepada MFL, jadi biar mereka teliti," katanya ketika ditemui selepas melawat pemain sayap Selangor FC Faisal Halim di sebuah hospital swasta di sini, hari ini.
Terdahulu, MFL memaklumkan aksi Sumbangsih bagi Piala Sultan Haji Ahmad Shah antara JDT dan Selangor FC akan kekal berlangsung Jumaat ini selepas timbul khabar angin aksi itu akan ditunda susulan insiden malang yang menimpa Faisal Halim, Ahad lepas.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Stuart Ramalingam berkata MFL juga tidak menerima permintaan daripada pasukan untuk menunda perlawanan itu.
Tonggak jentera serangan skuad Harimau Malaya berusia 26 tahun itu cedera dipercayai disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah dan disahkan mengalami kelecuran tahap empat, selain pergerakan dan percakapannya ketika ini turut terbatas berikutan insiden itu.
Ia merupakan kejadian malang kedua menimpa pemain negara selepas Muhammad Akhyar Abdul Rashid apabila pemain pinjaman Terengganu FC itu cedera pada kepala dan kaki selepas diserang dua penyamun di kawasan kediamannya di Kuala Terengganu, Khamis lepas.
JDT selaku juara bertahan Liga Super kini mengintai untuk mempertahankan Piala Sultan Haji Ahmad Shah buat kali ketujuh berturut-turut sementara kali terakhir Selangor FC yang muncul naib juara Liga Super musim lepas, menjuarai perlawanan Piala Sumbangsih adalah pada musim 2010.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 07 2024
Selangor FC memohon untuk menunda perlawanan Piala Sumbangsih. - Foto Selangor FC
Perak perlu lebih 57,000 unit rumah menjelang 2030
Perak memerlukan 57,407 unit rumah menjelang 2030, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
China rakan penting Malaysia dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital - Teo
China merupakan rakan kongsi penting dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital di Malaysia.
Kematian Raisi, Amirabdollahian kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam - Mohamad
Kematian Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya, Dr Hossein Amirabdollahian merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam.
AWANI Ringkas: Kes denggi meningkat, 40 maut sejak Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Luncur air di tengah padang pasir di Arab Saudi
Aquarabia ialah sebuah taman tema air dengan kolam ombak buatan manusia terbesar di Asia Barat.
Jenazah suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan
Jenazah suspek lelaki yang mati ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram.
Elon Musk lancar Starlink di Indonesia
ELON Musk dan Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin, telah melancarkan perkhidmatan Starlink di Indonesia semalam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 2 anggota terkorban diklasifikasi Syahid Akhirat
Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dan simpati ke atas suspek di atas tindakannya membunuh polis.
Lai Ching-te bakal angkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan
Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik yang memerintah Taiwan, dijadualkan mengangkat sumpah dan memulakan tugas sebagai presiden pulau itu pada Isnin.
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenal - Saifuddin
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenalkan hari ini bagi memastikan penggiat seni hasilkan karya berkualiti dan mempunyai nilai estetika tanpa menyentuh perkara sensitif.
Pertukaran, bayaran balik tiket Piala Sumbangsih bermula esok hingga Selasa
Pertukaran dan bayaran balik tiket perlawanan pembukaan Liga Super Malaysia dan Piala Sumbangsih antara JDT dan Selangor FC yang dibatalkan semalam boleh dibuat mulai esok hingga Selasa.
'Sedih julang piala dengan cara ini' - Tunku Mahkota Ismail
Pemilik JDT Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih untuk menjulang Piala Sumbangsih 2024 dengan cara berbeza.
Perlawanan Sumbangsih dibatalkan, JDT dapat kemenangan percuma - MFL
MFL berkata, pembatalan itu susulan keputusan Selangor FC untuk tidak hadir ke perlawanan berkenaan.
Sultan Sharafuddin perkenan Selangor FC tidak hadir Piala Sumbangsih, kecewa dengan MFL
Selangor FC sedia berdepan dengan apa sahaja tindakan susulan tidak hadir ke Piala Sumbangsih, titah Sultan Sharafuddin.
JDT kecewa Selangor FC tidak hadir Piala Sumbangsih
JDT harap Selangor FC dapat mempertimbangkan semula keputusan untuk tidak hadir dari perlawanan ini.
Piala Sumbangsih: Enggan kompromi soal keselamatan, Selangor FC nekad ‘tidak hadir’
Selangor FC berkata, keselamatan pasukan adalah perkara paling utama dan mereka memandang serius akan segala bentuk keganasan dan ancaman.
Piala Sumbangsih: MFL tolak permohonan Selangor FC, jamin keselamatan dipertingkat
MFL berkata Polis Johor telah mengerahkan 1,500 anggota untuk bertugas, termasuk membuat kawalan dan pemeriksaan ketat.
Selangor mahu tunda Piala Sumbangsih
SELANGOR FC telah menghantar surat kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memohon untuk menunda perlawanan Piala Sumbangsih yang bakal berlangsung pada Jumaat ini.
Aksi Sumbangsih JDT, Selangor FC kekal Jumaat ini
Perlawanan Sumbangsih musim 2024/2025 bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah antara JDT dan Selangor FC kekal Jumaat ini.
Perlawanan Piala Sumbangsih 2024 berlangsung 10 Mei
Saingan Liga-M musim depan akan membuka tirai dengan aksi Piala Sumbangsih antara JDT dan Selangor FC pada 10 Mei.